Tuesday, 23 July 2013

BERSUGI (BERMISWAK)

Menurut Ibnu Abbas,Nabi SAW bersabda, yang bermaksud:

"Bersugilah kamu,sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari ALLAH S.W.T."
(H.RBukhari dan Muslim)

Setelah melihat hasil & kesannya terhadap diri serta rakan-rakan sejak dibangku sekolah lagi, saya terpanggil untuk share sedikit tentang Amalan Sunnah Baginda SAW ini,
BERSUGI (BERMISWAK)…

(Xpa, maybe dah ramai yang share tentang ni kan, saya pun nak share juga ^_^ )

Kayu Sugi  adalah diperbuat daripada akar pokok "Araak"(Salvadora Persica).

Yang mana ia telah digunakan sejak zaman Rasulullah saw, sebagai alat untuk membersihkan mulut.

Di sini ingin saya kongsikan juga tentang beberapa adab bersugi.

Adab Bersugi:

1)Niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan ALLAH S.W.T.

2)Baca BISMILLAH dan SELAWAT.

3)Basuh berus sugi sebelum dan selepas digunakan.

Saya juga nak share yang kita tidak digalakkan untuk
baring semasa bersugi dan bersugi di dalam tandas (tempat buang air besar & ait kecil).
Rasionalnya, antara adab bersugi adalah membaca Basmallah & Selawat Sebelum Bersugi, perbuatan ini adalah tidak manis jika dibuat di dalam tandas.

Penjagaan Kayu Sugi:

1)Elakkan dari meletakkan kayu sugi dalam keadaan melintang atau berbaring. Meletakkan kayu sugi dalam keadaan berdiri atau tegak adalah lebih elok.

2)Elakkan dari  menggunakan kedua-dua hujung kayu sugi, sebelah sahaja sudah memadai.

3)Elakkan dari menyimpan kayu sugi di dalam tandas.
Bagi menjamin kebersihannya.

Masa Yang Digalakkan Bersugi:

1)Sebelum tidur.

2)Sebelum solat(amat digalakkan).

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Kalaulah tidak memberatkan bagi umatku, maka aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak (bersugi)
setiap kali ingin mendirikan solat.”

3)Sebelum dan selepas makan.

4)Semasa bermusafir.

5)Semasa membaca AL-QURAN.

6)Bila mulut berbau.

7)Sebelum Berzikir.

8)Sebelum menghadiri perjumpaan.

Hikmah & Kelebihan Bersugi:

1)Sunnah.

2)Membersihkan gigi,lidah dan mulut.

3)Melindungi dari kerosakan gigi.

4)Menguatkan gusi dan gigi.

5)Menghilangkan bau busuk mulut.

6)Menambah selera makan.

7)Mencerahkan mata.

Selain itu,

Diriwayatkan sepotong hadis, solah yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solah yang dikerjakan tanpa bersugi.

Manakala,
Dalam riwayat lain pula, Rasulullah bersabda, hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah:

1) membersihkan mulut

2) menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t

3) menyebabkan kemarahan syaitan

4) Allah dan para malaikat mengasihi orang bersugi

5) menguatkan gusi

6) menghilangkan gelema

7) mewangikan mulut

8) menghapuskan safra' (sejenis penyakit)

9) menguatkan pandangan mata

10) menghilangkan bau busuk mulut

Para ulama juga mencatatkan terdapat 70 faedah dalam bersugi, salah satunya ialah:
dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia.

Kelebihan Sugi Dari Sudut Saintifik:

Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersugi baik untuk memantapkan kualiti kesihatan diri.

Menurut Kajian yang dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.
Dr Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara mencegah serangan strok dan penyakit jantung.
Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.

Rujukan:
1)Kitab Munabihat karangan Hafiz Ibnu Hajar.

2)BukuFadhilat Solah susunan Maulana Zakariya.

Sekian sahaja perkongsian dari saya ^_^

Semoga Bermanfaat Buat Kita Semua.

#SemogaAllahRedha#

No comments:

Post a Comment