Daripada Abdullah bin 'Amr ra bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba: "Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat..."
Tuesday, 16 July 2013
Kita dan Al-Qur'an
In syaa Allah entry kali ini saya ingin berkongsi tentang Tanggungjawab kita sebagai Muslim terhadap Al-Qur'an, Kalamullah.
Sebagai seorang Muslim kita sepatutnya mempunyai masa dengan Al-Qur'an. Jika kita ada masa untuk menonton television, mengapa tiada pula masa untuk Al-Qur'an???
(Tepuk dada tanya Iman dan Taqwa)
Tanya Iman tau, bukan tanya Aiman, sebab kalau tanya Aiman, pasti Aiman akan balas:
"Aiman tak kesah." He.
Ok, back to our topic, Al-Qur'an.
Tugas kita sebagai Muslim bukan sahaja membacanya tetapi kita juga perlu untuk memahami, merenungi maksud dan pengajaran yang terdapat di dalamnya.
Kandungannya Al-Qur'an begitu hebat sekali sehingga tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun, begitulah hebatnya Kalam Allah ini.
Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah)."
(Al-Hasyr:21)
Selain itu, membaca Al-Qur'an adalah ibadah yang paling utama selepas Ibadah Solat.
Seperti yang dijelaskan oleh Baginda saw dalam hadisnya yang bermaksud:
"Ibadah yang paling utama bagi ummatku ialah membaca Al-Qur'an."
(Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Fadha'ilul-Qur'an)
Pahala membaca Al-Qur'an juga besar di sisi Allah swt.
Baginda ada bersabda dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud yang bermaksud:
"Sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Qur'an kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
(Riwayat Al-Hakim)
Baginda saw juga pernah berpesan kepada Abu Zar:
"Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Qur'an kerana ia adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit."
(Riwayat Ibnu Hibban)
Ia jelas menunjukkan yang membaca Al-Qur'an itu banyak faedahnya...
Semoga kita terus istiqamah membaca, mempelajari dan mencintai kalam Agung ini.
Rujukan: Buku Maza Ya'ni (Apa Ertinya Saya Memeluk Islam) oleh Fathi Yakan.
Semoga bermanfaat buat semua ^_^
#SemogaAllahRedha#
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment